Apakah yang diperlukan untuk menjadi pelabur dalam norma baharu kini? Samada anda adalah pelabur baru atau berpengalaman, terdapat risiko dan peluang yang boleh didapati. (Original article in English)

Dunia Telah Berubah

Atau lebih tepat lagi adalah dunia sudah pun melalui perubahan dan ia akan terus berubah.

“Change is the only constant in life.” ~Heraclitus, Greek philosopher

Paras hutang di dunia telah mencapai $281 trillion berbanding $253 trillion pada tahun lalu. Kadar faedah juga semakin rendah dengan potongan dan kadar negatif yang semakin kerap. Pandemik global telah mengubah bagaimana kita bekerja dan melancong (secara digital!). Jurang pendapatan antara golongan M40 dan T20 semakin besar. Kemudian terdapat juga tekanan antara Amerika Syarikat sebagai kuasa global yang dominan dan China, kuasa global besar baharu.

Dengan persekitaran yang dipenuhi oleh hutang antara negara menyebabkan mereka mempunyai hutang yang semakin meningkat dan terdorong untuk mencetak lebih banyak wang. Hal ini menyebabkan keadaan yang tidak terkawal apabila Bank Negara kehilangan kemampuan untuk mencetak wang dalam persekitaran yang rendah atau negatif sehingga penurunan nilai mata wang, tidak mampu membayar hutang dan krisis hutang. Covid-19 menjadi  pencetus (atau alasan) kepada kemerosotan ekonomi global dan pasaran saham. Terdapat desakan untuk memegang Dolar US, mata wang nombor satu di dunia. Kelas aset seperti ekuiti dan bon kepada kelas aset alternatif menyaksikan penjualan besar-besarkan. Mac 2020 pula mencatatkan kejatuhan terbesar dalam sehari di Pasaran US Dow yang diburukkan lagi oleh dagangan secara algoritma serta kebergantungan terhadap Dolar US.

Amat penting untuk menyedari perkara yang berlaku dan mengapa ia berlaku bagi memberikan gambaran terhadap perkara yang bakal datang kelak.

Kenali Kemampuan Diri

Perubahan daripada makro kepada mikro adalah bermula dengan memahami kemampuan diri. Pelaburan adalah perjalanan diri yang memerlukan matlamat dan sumber anda selari. Amat penting untuk bermula dengan matlamat yang ingin dicapai supaya tidak lalai dan melakukan kesilapan yang besar apabila mahu mengejar sesuatu yang dilihat menguntungkan.

Berikut adalah beberapa soalan yang perlu ditanya kepada diri:

  • Mengapa anda melabur, adakah untuk perkembangan diri atau semata-mata menjana untung sahaja?
  • Apakah tahap hidup anda yang terkini, baru mula bekerja, fasa persaraan atau berada di tengah-tengah?
  • Apakah pengalaman pelaburan yang anda ada?
  • Apakah jenis risiko pelaburan atau kerugian yang boleh saya hadapi ?
  • Apa yang saya tahu tentang perkara yang saya tidak tahu tentang melabur?

Jika anda baru berjinak dengan pelaburan, adalah lebih baik untuk fokus hanya kepada 1 atau 2 jenis aset sahaja dan pastikan anda faham terlebih dahulu apa yang anda lakukan.

Jika anda tidak mempunyai minat yang tinggi atau kekurangan masa untuk menumpukan kepada pelaburan aktif, pelaburan pasif adalah lebih sesuai untuk anda. Jika anda tidak mempunyai lebihan wang yang banyak untuk dilaburkan, anda mungkin boleh mula melabur daripada RM1,000 atau kurang. Jika anda ada jumlah yang banyak untuk dilaburkan, anda perlu melihat semula pasaran dan ekonomi semasa. Jika anda adalah pesara atau bakal bersara, anda mungkin mahu mengurangkan risiko portfolio pelaburan (atau meningkatkan pendedahan kepada aset yang lebih berisiko jika portfolio anda sebelum ini adalah berisiko rendah)

Anda mungkin boleh mencapai matlamat yang diinginkan dengan menyimpan tetapi anda perlu menghadapi kemungkinan inflasi dan kadar faedah yang rendah. Pelaburan akan membantu anda untuk mencapai matlamat kewangan dengan lebih cepat dengan syarat mempunyaI pelan pelaburan sendiri dan elakkan daripada membuat kesalahan kewangan yang besar.

Jatuh, Bangun dan Kepelbagaian

Pasaran dan ekonomi bersifat seprti roda. Perniagaan akan ada jatuh dan bangun. Industri akan terganggu atau diganggu. Teknologi, politik dan pandangan awam akan terus memberi kesan terhadap pasaran dan ekonomi. Tiada lagi istilah anda boleh memilih hanya satu aset pelaburan dan meletakkan kesemua wang anda di dalamnya. Ia tidak akan berkesan walaupun dikatakan unit amanah saham lebih menguntungkan, melabur dalam hartanah atau membeli stok dalam perniagaan yang anda suka. Namun jika anda mempunyai terlalu banyak portfolio pelaburan yang tidak dapat dipantau ia akan menjadi satu isu yang lain pula. Pelaburan anda perlu dipelbagaikan namun tidak terlalu banyak dan mengambil tahu tentang kos dan bayaran yang akan memberi kesan terhadap faedah pelaburan itu.

Pandemik ini telah mengubah keadaan pelaburan secara kekal. Sebahagian sektor akan terjejas dalam masa beberapa tahun akan datang dan perlu mengubah operasi mereka untuk bertahan. Di bawah adalah sektor-sektor yang mengalami perubahan positif dan negatif dalam norma baharu.

Sektor yang meningkat (daripada yang paling tinggi kepada paling sedikit)

  • Kesihatan
  • Teknologi
  • Perisian

Sektor Neutral

  • Utiliti
  • Infrastruktur
  • Produk Pengguna

Sektor yang menurun (paling sedikit kepada paling tinggi)

  • REITs
  • Perladangan
  • Produk Industri
  • Pembinaan
  • Minyak dan Gas
  • Hartanah
  • Kewangan
  • Perlancongan dan perhotelan

Kemelesetan dan pemulihan adalah proses yang akan sentiasa berlaku. Kita tidak boleh gusar dan takut tetapi bersedia serta melabur dengan bijak berdasarkan matlamat yang ingin dicapai untuk masa depan.

Kesimpulan

Norma baharu akan berada dalam tempoh masa yang lama dan akan sentiasa berubah. Kerisauan anda akan berkurangan jika anda sedar akan perubahan di dunia dan turun naik pasaran. Pastikan anda hidup dan karier anda seimbang dan elakkan keletihan akibat terlalu banyak maklumat dan suara-suara di luar sana. Elakkan daripada terpengaruh dengan skim penipuan dan ‘guru kewangan’ yang terus-terusan mencari mangsa bagi mendapatkan untung segera. Jangan risau jika anda tidak mampu menjadi seperti orang lain kerana hidup dan pasaran saham itu sentiasa berubah-ubah. Lebih banyak peluang berada di hadapan dan ambil masa ini untuk belajar dan berkembang. Kenali diri anda, pilihan pelaburan dan bagaimana dunia ini berubah. Jangan letakkan kesemua wang anda di dalam satu aset sahaja namun elakkan terlalu banyak aset juga. Melabur tidak mudah, tetapi ia boleh menjadi lebih sederhana dan menguntungkan.

You May Also Like