Mencari kerja baharu? Mahu menambah sumber pendapatan? Mahu menjadi majikan sendiri? Jika jawapan anda adalah ya, ia mungkin berbaloi untuk memilih bekerja secara bebas. Juga dikenali sebagai ekonomi gig, kemudahan telefon bimbit dan penggunaan internet yang meluas memberikan peluang kepada golongan yang mahu keluar dari bidang ekonomi tradisional, bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang. (Original article in English)

Anda memerlukan pemikiran luar kotak untuk menjadi pekerja bebas. Bekerja di mana dan bila-bila masa sahaja mampu memberikan tarikan kepada mereka yang menghadapi kesukaran untuk membahagikan masa antara rumah dan kerja. Kadang kala, ia juga disebabkan oleh sekatan dan limitasi sumber yang membuatkan seseorang itu memilih bekerja secara bebas daripada menjadi pekerja bergaji. Namun begitu, bekerja sendiri bermaksud anda tidak mempunyai perlindungan tambahan seperti insuran, SOCSO atau KWSP.

Dalam situasi pandemik ini, kelebihan bekerja dari rumah adalah lebih baik kerana mamou mengelakkan kontak rapat atau terdedah dengan jangkitan. Sesetengah pekerjaan bebas juga datang dengan masa yang lebih fleksibel untuk menumpukan kepada tugas sebagai ibu bapa. Bergantung kepada mereka untuk menyeimbangkan antara baik dan buruk bekerja secara bebas.

Tetapi di manakah pekerja bebas boleh mencari sumber pendapatan? Berikut merupakan beberapa platform tempatan yang boleh membantu pekerja bebas di Malaysia untuk meluaskan portfolio mereka.

#1. eRezeki

Untuk isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah, eRezeki dicipta dengan tujuan untuk menambah pendapatan anda dengan pekerjaan yang mudah. Beberapa kategori pekerjaan di dalam platform ini ialah memasukkan data, memproses gambar dan tugas berkaitan dengan SEO.

Dicipta oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), portal eRezeki telah diperluaskan untuk memberikan kerja tambahan yang dikategorikan sebagai kerja digital dan kerja yang didayakan secara digital.  Kategori pertama adalah berkaitan dengan perisian dan reka bentuk dan pembangunan web manakala kategori kedua ialah tugas yang memerlukan ia diselesaikan secara luar talian seperti membuat penghantaran.

Terdapat beberapa keperluan yang perlu dipenuhi untuk memasuki eRezeki:

  • Pendapatan isi rumah yang tidak melebihi RM4,000. Jika lebih, anda masih boleh mendaftar, tetapi hanya akan diberikan kerja di bawah kategori digital
  • Tiada sebarang yuran pendaftaran
  • Umur 18 tahun dan ke atas
  • Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak

Terdapat juga beberapa pusat eRezeki yang menyediakan kemudahan IT untuk peserta program menggunakannya.

Program terbaru yang diperkenalkan oleh mereka ialah kategori perlancongan digital yang meliputi Short-Term Residential Accommodation (STRA) dengan menjadi tuan rumah yang berpengalaman menerusi perkongsian hobi dan kemahiran dengan tetamu anda.

#2. TeachMe

Platform TeachMe’s diperkenalkan pada 2017 dengan tujuan untuk menyediakan medium pengajaran secara online untuk sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan dan minat. TeachMe mempunyai syarat yang tidak ketat namun setiap bakal pengajar akan ditemu bual oleh pasukan TeachMe sebelum dibenarkan mengajar.

Pendaftaran adalah percuma dan anda hanya perlu mempunyai sekurang-kurangnya talian internet sebanyak 2MBps dengan komputer sendiri beserta kamera web dan mikrofon serta menggunakan Firefox atau Chrome. Pengajar akan menggunakan perisian TeachMe untuk membuat kelas dalam talian dengan pelajar mereka.

Subjek yang ditawarkan meliputi

  • Sains Tingkatan 1-3
  • Catur
  • Bahasa seperti Bahasa Arab
  • Fizik Tingkatan 6 untuk STPM

Anda boleh menetapkan sendiri kadar bayaran bagi setiap jam, daripada RM10 hingga RM40 sejam. TeachMe akan mengambil sebilangan kecil untuk komisen dan selebihnya akan dikreditkan ke dalam akaun anda pada setiap bulan.

#3. JomPaw

Jika anda ialah seorang pencinta haiwan dan gemar menjaga mereka, JomPaw adalah tempat untuk anda. Mereka menawarkan perkhidmatan di seluruh negara dan pemohon baru perlu melalui 5 proses untuk memenuhi syarat sebagai penjaga haiwan. Bakal penjaga haiwan juga perlu mendaftarkan maklumat mereka dan menduduki ujian khas. Ujian ini akan menguji pengetahuan anda tentang penjagaan haiwan, kebersihan haiwan, pemakanan dan juga kemahiran layanan pelanggan.

Setelah itu, anda perlu mengikuti tutorial di laman JomPaw’s, antaranya bagaimana untuk menggunakan dan mengakses semua ciri-ciri di laman web tersebut. Apabila kesemua langkah tersebut telah disempurnakan, identiti penjaga akan disahkan dengan menggunakan gambar, nama penuh dan tarikh lahir. Apabila semakan latar belakang telah dijalankan, penjaga akan diberikan pengesahan oleh pasukan JomPaw. Dari masa ke masa, prestasi penjaga akan dinilai oleh pasukan mereka untuk memastikan standard kualiti dapat dipenuhi.

Antara perkhidmatan yang diperlukan adalah

  • Penginapan haiwan peliharaan
  • Lawatan haiwan
  • Membawa haiwan bersiar-siar
  • Menaiki teksi bersama haiwan peliharaan
  • Latihan haiwan peliharaan

Ada antaranya yang mampu memberikan anda pendapatan bulanan bernilai RM1,100 atau lebih!

#4. Mytaskboss

Platform dalam talian ini adalah pendatang baru dalam pasaran pekerjaan bebas.

Antara tugas yang tersedia di sini:

  • Kerja pembaikan
  • Pemasangan
  • Pembersihan
  • Penghantaran
  • Kerja dalam talian

Mytaskboss adalah medium tempatan yang menyenaraikan tugas dan kerja terdiri daripada pembersihan sehingga pekerja pemindahan. Apa yang membuatkan mereka unik adalah kebebasan untuk klien meminta apa sahaja jenis servis dengan harga yang pelbagai. Ia memudahkan anda juga untuk mencari pekerjaan yang menepati kemahiran anda.

Sebaik sahaja anda sudah menemui kontrak yang sesuai, anda boleh mula merunding tawaran dengan pelanggan dan menerangkan mengapa anda adalah calon yang sesuai untuk tugas tersebut. Ia kemudian bergantung kepada klien untuk meneliti cadangan dan sebut harga anda. Jika mereka bersetuju, kedua-dua pihak akan bersetuju dengan kerja yang diberikan. Mytaskboss juga turut menawarkan insuran yang terhadap kepada klien tetapi bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai pekerja bebas, anda akan dibayar dengan upah perkhidmatan sebelum memulakan tugas.

#5. Rtist

Platform pekerjaan bebas ini berbangga dengan statusnya sebagai No.1 Creative Job Platform in Malaysia. Selepas berdaftar dengan Rtist, bakat boleh menonjolkan kemahiran dan portfolio mereka untuk klien menilainya.

Dengan menggunakan alat yang disediakan oleh Rtist kepada bakat-bakat mereka, klien boleh mengumpulkan maklumat berguna tentang portfolio anda. Kalendar kerja juga diberikan kepada setiap bakat bagi membolehkan klien melihat samada anda sibuk atau tidak.

Antara bakat yang unik di dalam platform mereka ialah:

  • Pembuatan dan penerbitan Ebook
  • Reka bentuk maskot dan mural
  • Penyuntingan dan pencampuran audio
  • Reka bentuk dan penciptaan VR

Selain pilihan akaun percuma, Rtist turut mempunyai 2 akaun berbayar iaitu Plus dan Premium. Kedua-duanya meningkatkan kebarangkalian profil anda untuk dipilih pasukan Rtist semasa klien meminta cadangan bakat.

Kesimpulan

Pasaran pekerjaan bebas di Malaysia masih berada di peringkat awal dan kualiti perkhidmatan serta sokongan yang diberikan juga berbeza mengikut platform. Calon pekerja bebas perlu mengambil langkah berjaga-jaga semasa mencari peluang kerja dan memastikan anda telah membuat kajian terlebih dahulu dan tidak bergantung sepenuhnya dengan platform berkenaan. Terdapat sesetengahnya yang mempunyai polisi untuk tidak terlibat dengan sebarang perselisihan antara klien dan pekerja bebas.

Kenali kelebihan dan kekurangan setiap platform, hubungi bahagian sokongan teknikal untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang mereka berikan dan dapatkan ulasan daripada mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan platform tersebut untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik

Adakah anda teruja untuk memulakan pekerjaan bebas di platform-platform ini? Kongsi dengan kami dalam ruangkan komen di bawah

You May Also Like