Bakal mengakhiri zaman 20-an anda? Ketahui beberapa perkara yang boleh dicapai sebelum umur 30 tahun bagi mendapatkan kewangan yang lebih baik. (Original article in English)

Peristiwa penting seperti mencecah umur 30 tahun menyebabkan individu untuk merenung semula kehidupan mereka dan menghargai perubahan yang berlaku. Anda mungkin telah berubaha daripada pelajar kepada pekerja dalam tempoh sedekad ini. Gaya hidup anda juga terkawal dan saiz pinggang mungkin bertambah. Ada beberapa manfaat apabila semakin berusia dan ia mungkin bermaksud status kewangan anda lebih baik dengan pengurusan wang yang lebih efektif. Permulaan dekad baru ini juga adalah masa yang baik untuk melihat semula samada kewangan anda seimbang dengan perubahan dalam hidup.

Dekad ini akan beransur dengan pantas. Tanpa anda sedari, anda akan mencecah 40 tahun.

Sebelum anda mencecah dekad 40-an, mari kita lihat sasaran kewangan yang boleh dicapai sebelum umur 30 tahun.

#1. Mempunyai Pelan Persaraan

Pada awal 20-an, pendapatan anda lebih kecil dan persaraan masih kelihatan samar-samar. Namun ssemasa mencecah 30 tahun, situasi anda lebih berlainan dan tabung persaraan yang diasingkan setiap bulan adalah diperlukan.

Usia 30-an juga akan berlalu dengan pantas dan tanpa anda sedari anda telah mencecah 40-an.

Berikan perhatian yang lebih terhadap masa persaraan anda. Ingat, institusi kewangan mungkin menawarkan pinjaman untuk pelbagai perkara seperti pendidikan dan rumah, namun tiada sesiapa yang menawarkan pinjaman untuk persaraan. Tiada pelan kecemasan yang boleh digunakan jika anda tidak mula menyimpan dari sekarang.

#2. Bayar Bil Anda

Mencecah umur 30 tahun, anda seharusnya boleh membayar bil anda secara penuh dan menepati masa. Ia termasuklah bil utiliti dan hutang.

Mengapa anda perlu melakukannya? Ia boleh mempengaruhi skor kredit anda. Skor kredit amat penting kerana ia digunakan oleh bank untuk menentukan samada anda boleh mendapatkan pinjaman daripada mereka. Adalah penting untuk anda meningkatkan skor kredit semampu mungkin.

Mulakan dengan pengurusan hutang dan membayar sebarang hutang dengan faedah yang tinggi bermula dengan hutang kad kredit. Apabila hutang kad kredit telah dibayar, anda boleh fokus terhadap hutang bank, hutang pinjaman pendidikan, bil peribadi dan lain-lain.

#3. Buat Tabung Kecemasan

Anda perlu memastikan tabung kecemasan yang ada boleh membantu membayar sebarang bil yang yang tidak dijangka. Lebih baik untuk mempunyai simpanan kecemasan untuk 3 bulan, tetapi ini adalah berbeza mengikut situasi.

Amat mudah untuk mengabaikan tabung kecemasan kerana ia bukanlah bayaran yang anda ‘perlu’ selesaikan. Oleh sebab itu, anda boleh menetapkan tetapan bayaran automatik ke dalam akaun simpanan kecemasan supaya anda boleh membuat simpanan yang tetap.

Untuk memulakannya, ketepikan jumlah yang kecil dari gaji anda. Cipta sasaran simpanan mingguan sebanyak RM40, yang berjumlah RM160 sebulan dan meningkatkan sasaran simpanan bulanan sehingga anda lebih yakin untuk menyimpan dengan lebih banyak.

Dan, tidak, ia bukanlah idea yang baik untuk menggunakan kad kredit anda sebagai tabung kecemasan.

#4. Ada Rancangan untuk Pendapatan Tambahan

Mempunyai pelbagai sumber pendapatan, tidak kira kecil atau besar, adalah penting. Ia mungkin merupakan kerja tambahan atau mendapat dividen daripada saham yang dibeli. Dalam sebarang situasi, anda seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan selain kerja hakiki anda.

Terdapat 4 jenis pendapatan yang anda boleh lakukan. Antaranya adalah gaji daripada kerja hakiki anda, kerja tambahan, dividen daripada pelaburan dan pendapatan baki seperti royalty. Jika anda tidak mempunyainya, sekarang adalah masa yang baik untuk memulakannya.

#5. Mempunyai Pengetahuan Tentang Cukai Peribadi dan Bagaimana untuk Mengurangkan Cukai Anda

Pada masa ini, anda sudah boleh memfailkan cukai anda. Untuk menjadi pembayar cukai yang lebih arif, memahami pelepasan cukai dan kredit yang anda peroleh membolehkan anda memperoleh lebih banyak wang setiap tahun. Fahami peraturan yang perlu diambil daripada segi kewangan peribadi di Malaysia. Pastikan anda membayar wang kepada LHDN dan mengambil tahu semua potongan cukai yang diperlukan.

#6. Tingkatkan kemahiran

Kekalkan pendidikan dan nilai pasaran diri dengan sentiasa belajar!

Ketahui bidang yang anda ingin pelajari. Kemudian, pastikan samada anda mahu mengambil kursus di kolej komuniti, kolej online, kelas tambahan atau sebarang laman pembelajaran secara online. Terdapat banyak peluang yang tersedia, dan tidak rugi untuk meluaskan peluang dan dunia anda.

#7. Lindungi Hidup Anda

Dapatkan polisi insuran hidup semasa berumur 20-an dan berada dalam kesihatan yang baik kerana ia mungkin lebih murah daripada menunggu sehingga anda mempunyai masalah kesihatan.

Selain itu, pastikan anda mempunyai perlindungan insuran yang mencukupi untuk diri dan keluarga, serta aspek yang lain.

Jika krisis kesihatan membimbangkan anda, ambil masa untuk membuat pilihan kesihatan yang lebih baik. Letakkan kereta lebih jauh dan berjalan ke destinasi anda. Minum lebih banyak air. Pilih makanan yang sihat. Dapatkan rehat yang cukup. Setiap langkah yang anda ambil sekarang mempunyai kesan jangka masa panjang.

#8. Buat Wasiat

Hidup sering tidak dapat dijangka. Bersedia untuk perkara yang tidak dijangka adalah idea yang bijak. Ambil masa untuk menulis wasiat untuk membantu membuat sebarang keputusan penting yang perlu dilakukan setelah anda meninggal dunia.

Anda boleh mulakan dengan wasiat DIY jika anda ragu-ragu untuk mendapatkan pertolongan profesional.

#9. Berbincanglah Tentang Kewangan

Perbincangan tentang kewangan boleh digunakan sebagai masa untuk merenung dan memberikan sudut pandang yang lebih jelas untuk kepentingan dan pilihan anda. Berbincang dengan individu yang boleh dipercayai. Dengar dan nilai pendapat mereka. Jelaskan tentang sasaran anda. Mungkin setelah anda menerangkan tentang sasaran tersebut, anda mungkin menyedari ia tidak seperti apa yang anda mahukan atau inginkan sekarang.

Jika anda berada dalam perhubungan, amat penting untuk membentuk kefahaman yang jelas tentang objektif kewangan pasangan juga. Ia boleh dicapai dengan berbincang tentang kewangan.

#10. Dapatkan Khidmat Nasihat Perancang Kewangan

Ia mungkin sukar apabila anda perlu menguruskan kesukaran kewangan, bajet, akaun untuk belanja tidak dijangka, membayar hutang dan merancang pelan masa depan. Tetapi anda tidak perlu melakukannya seorang diri.

Berbincang dengan perancang kewangan berlesen boleh sangat berguna untuk setiap fasa dalam hidup. Perancang kewangan boleh membantu anda menetapkan sasaran yang realistik, menentukan apa yang perlu dibuat untuk mencapainya dan memberikan cadangan tindakan yang boleh diambil. Ini adalah dekad yang mempunyai potensi untuk mengubah kewangan anda; mendapatkan khidmat nasihat dari luar yang lebih arif boleh membantu untuk mencapai objektif anda.

Kesimpulan

Mencapai umur 30 tahun adalah peristiwa yang penting dalam hidup. Ia tidak lagi menakutkan atau baru untuk anda. Ini adalah masa untuk mengambil kawalan terhadap hidup. Berbangga dengan pilihan yang dibuat. Tiada lagi ‘kerana orang lain turut melakukan perkara yang sama” atau “kerana ibu bapa saya menyatakan begitu”. Anda adalah orang dewasa, yang sudah melepasi umur matang (21).

Jika anda mahukan hidup yang baik tanpa terbeban dengan masalah wang, ubah kewangan diri anda sekarang. Anda boleh melakukanya.

Apakah antara pengajaran yang perlu diketahui oleh individu berumur 30 tahun? Kongsi dengan kami pendapat anda dalam ruangan komen.

You May Also Like