Harga ayam semakin meningkat? Makanan kegemaran anda semakin mahal? Ketahui jenis makanan apa yang semakin mahal pada masa ini!  (Original article in English)

Harga makanan menjadi kebimbangan bagi rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini. Jabatan Statistik melaporkan bahawa inflasi adalah sebanyak 3.4% pada Jun 2022 disebabkan harga makanan yang meningkat sehingga 6.1%.

Peningkatan belanja untuk bahan makanan akan membebankan rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang berada dalam kategori B40.

Ketahui kategori makanan yang mencatatkan peningkatan tinggi semasa separuh pertama tahun 2022.

Sumber Data Kami

Artikel ini menggunakan data daripada Indeks Harga Pengguna dari Disember 2021 hingga Jun 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM).

DOSM mengeluarkan senarai harga barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah pada setiap bulan. Terdapat pelbagai barangan telah disertakan di dalam tinjauan ini dan indeks ini dikategorikan sebagai senarai harga yang terbaik untuk anda. Secara khusus, DOSM turut mengeluarkan indeks harga untuk jenis barangan seperti tepung, beras, daging, makanan laut dan beberapa jenis makanan yang lain.

Artikel ini akan mengumpulkan kadar pertumbuhan harga makanan dari Disember 2021 hingga Jun 2022 dengan meneliti kenaikan harga makanan yang paling tinggi.

#1. Tepung dan Bijirin

Kenaikan harga tepung dan bijirin adalah yang tertinggi di Malaysia. Dari Disember 2021 hingga Jun 2022, harganya meningkat sebanyak 10% dalam masa hanya 6 bulan dan merupakan kumpulan makanan yang mencatatkan kenaikan dua digit.

Dengan kesinambungan konflik antara Rusia dan Ukraine, bekalan bijiran semakin berkurangan. Ia menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan makanan ini meningkat dengan mendadak sejak 6 bulan lalu.

Harga gandum telah meningkat sebanyak 41.2% dari $771 pada Disember 2021 kepada $1088 pada Mei 2022. Namun begitu, ada berita baik apabila harganya telah menurun kepada $796 pada Julai 2022 selepas perjanjian ditandatangani antara Rusia dan Ukraine yang memboleh bijiran dieksport melalui Laut Hitam.

#2. Susu

Ya, anda tidak bermimpi, harga susu seperti jenama Dutch Lady dan Farm Fresh semakin meningkat. Susu cair dan pekat juga meningkat sebanyak 7.1% dari Disember 2021 ke Jun 2022, manakala harga susu segar meningkat sebanyak 4.9%.

Sekali lagi, konflik antara Rusia dan Ukraine menjadi punca utama terhadap isu yang menyebabkan kenaikan harga tinggi untuk minyak mentah dan makanan haiwan ternakan (gandum, jagung, barli). Harga minyak mentah yang tinggi telah meningkatkan kos pemindahan susu. Makanan lembu seperti gandum, jagung dan barli adalah lebih mahal lalu meningkatkan kos untuk menghasilkan susu.

Kedua-dua jenama Dutch Lady dan Farm Fresh telah menaikkan harga susu mereka, dengan menyatakan sebab harga bahan mentah yang tinggi kerana konflik tersebut. Kenaikan harga susu juga turut memberi kesan kepada harga minuman di kopitiam kegemaran anda.

#3. Daging Lembu, Ayam dan Itik

Ayam, daging lembu, khinzir dan lain lain jatuh pada nombor 3 untuk jenis makanan dengan kenaikan harga yang paling tinggi. Dari Disember 2021 ke Jun 2022, harga daging beku dan daging segar meningkat sebanyak 6.1% dan 5.2%.

Adakah anda ingat dengan berita baru-baru ini berkaitan larangan mengeksport ayam ke Singapura? Kenaikan harga ini adalah berkait rapat dengan isu tersebut disebabkan kenaikan harga makanan haiwan sehingga menyebabkan kekurangan bekalan ayam di Malaysia. Kerajaan terpaksa mengambil langkah menaikkan harga siling ayam dari RM8.90 kepada RM9.40 supaya penjual ayam mampu bertahan dengan kenaikan kos tersebut.

Selain itu, harga daging dan khinzir juga turut meningkat disebabkan harga makanan haiwan dan kos pengangkutan yang tinggi.

#4. Kentang

Kekurangan bekalan kentang bukanlah satu perkara yang asing. Kentang jatuh pada tempat keempat barangan makanan yang mengalami kenaikan tertinggi, sebanyak 5.2% dari Disember 2021 hingga Jun 2022.

Adakah anda masih ingat tentang berita kekurangan kentang goreng di McDonalds dan restoran makanan segera yang lain? Bahkan ada yang yang menggelarnya “Fry-tening”.  Ia disebabkan kekurangan bekalan kentang di Amerika Syarikat kerana banjir dan kekurangan tenaga buruh akibat pandemik. Konflik Rusia dan Ukraine juga memburukkan keadaan semasa memandangkan mereka adalah pengeluar terbesar bekalan kentang.

Malaysia banyak mengimport kentang daripada luar negara, dengan jumlah sebanyak 72 juta dolar pada 2020. China juga merupakan pengeksport kentang terbesar pada 52.8% daripada kentang import Malaysia, manakala Amerika Syarikat pula berada pada tempat keempat iaitu 8.0%.

#5. Rempah Ratus

Ya, benar. Harga rempah ratus juga meningkat dengan mendadak, sebanyak 4.9% dari Disember 2021 hingga Jun 2022. Rempah ratus termasuklah halia, safron, kunyit, daun bay, daun kari dan lain-lain.

Kebanyakkan rempah ratus yang dijual di Malaysia diimport dari luar negara. Pada tahun 2020, Malaysia mengimport rempah ratus bernilai 181 juta dolar dan mengeksport hanya sebanyak 24 juta dolar. Pembekal terbesar kepada Malaysia adalah China dengan jumlah 86.8% daripada jumlah keseluruhan rempah ratus import di negara ini.

#6. Kopi

Ini mungkin berita sedih untuk peminat kopi di luar sana. Kopi jatuh pada tempat kelima, meningkat sebanyak 3.9% dari Disember 2021 hingga Jun 2022.

Dengan lambakan budaya kafe di Malaysia, pengambilan kopi semakin meningkat setiap tahun. Menurut Statista, pengambilan kopi meningkat dari 625,000 beg (60kg beg) pada 2013 kepada 800,000 bag pada 2021. Malaysia kekal menjadi pengimport utama kopi, dengan mengimport sebanyak 219 juta dolar kopi pada 2020, dan mengeksport sebanyak 120 juta dolar ke seluruh dunia.

Dengan kos pengangkutan yang meningkat dan cuaca yang semakin tidak menentu, harga kopi seperti biji kopi Arabica dan biji kopi Robusta telah meningkat dengan mendadak dari 2021 hingga 2022. Harga biji kopi Arabica, yang merupakan jenis kopi yang paling popular telah meningkat dari 125 dolar pada Januari 2021 kepada 236 dolar pada Januari 2022, dan telah stabil kepada 219 dolar pada Julai 2022.

Kesimpulan

Dengan peningkatan harga makanan sejak akhir-akhir ini, yang berpunca dari konflik Rusia-Ukraine telah menyebabkan kekurangan bekalan barangan tersebut atau bahan mentah yang menjadi rantaian bekalan untuk bahan makanan itu. Anda boleh bertukar kepada bahan makanan alternatif yang kurang terjejas.

Memahami bahan makanan yang mengalami kenaikan harga yang tinggi boleh membantu anda untuk bertukar kepada alternatif lain dan mengawal perbelanjaan anda.

Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah apakah jenis makanan yang paling mahal anda pernah temui!

You May Also Like