4 Perkara yang Boleh Dilakukan oleh Golongan Milenial yang Risau Hilang Pekerjaan

Tip untuk golongan milenial pada usia 30an dan 40an yang bimbang akan kestabilan karier mereka. (Original article in English)

Kehilangan pekerjaan dan tekanan pengangguran adalah isu terkini yang dihadapi oleh golongan milenial. Pakar kewangan telah menyebut tentang kemelesetan ekonomi yang bakal hadir-dan mereka memandangnya sebagai perkara yang serius.

Sejak kemelesetan besar pada 2007, golongan milenial semakin bimbang akan potongan gaji dan jaminan kestabilan kerja. Menurut satu analisis yang dibuat pada 2019, ahli ekonomi Census Bureau, purata milenial hilang hampir 13% simpanan mereka dari 2005 hingga 2017, 2 kali ganda lebih banyak daripada golongan baby boomer.

Dengan pandemik dan isu-isu lain, golongan milenial menghadapi cabaran untuk mengekalkan pekerjaan mereka. Jadi, bagaimana seseorang itu bersedia untuk menghadapi kehilangan pekerjaan dan apakah yang boleh dilakukan jika ia berlaku? Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk bersedia bagi perkara yang tidak dijangka dan membantu mengekalkan ketenangan jiwa.

#1. Tambah simpanan kecemasan anda

Lebih banyak wang yang anda simpan, lebih mudah untuk menampung perbelanjaan anda. Pastikan anda mempunyai simpanan kecemasan selain simpanan biasa untuk membantu sekiranya kehilangan kerja. Menurut tinjauan oleh GOBankingRates pada 2018, 54% daripada milenial berumur antara 18 hingga 24 tahun dan 57% golongan berumur 25 dan 34 tahun mempunyai simpanan kurang dari 1000 dolar.

Ia adalah jauh lebih rendah daripada jumlah minimum untuk simpanan kecemasan yang berjumlah 3 bulan belanja. Penting untuk anda mempunyai simpanan yang cukup bagi menyokong kestabilan ekonomi, terutamanya apabila anda sudah mengalami hilang pekerjaan. Jika tidak, anda mungkin terpaksa bergantung kepada pinjaman jangka pendek dengan kadar faedah yang tinggi.

#2. Dapatkan kerja sampingan

Tren ekonomi gig kini berada dalam aliran menaik, dan kerja sampingan mudah diperoleh. Apabila individu yang hilang kerja terpaksa duduk di rumah dan memilih perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk membeli keperluan mereka, kita akan melihat perubahan ketara dalam pelbagai bidang. Berdasarkan situasi semasa, terdapat beberapa contoh kerja sampingan seperti menulis, menyunting buku atau esei, berkongsi kereta, dropshiping dan permasaran iklan.

Gig berkenaan boleh dilakukan luar dari waktu kerja, hanya gunakan sedikit tenaga, dan mudah untuk dipelajari. Satu kajian pada 2020 oleh Kumpulan Insuran Zurich dan Smith School of Enterprise dan Smith School of Enterprise and the Environment dari Oxford Universiti.

Sudah tentu, terdapat pelbagai pilihan kerja gig yang boleh dipilih, jadi carilah hobi baru yang boleh memberikan anda sumber pendapatan. Pekerja gig di Malaysia kini mencecah 4 juta orang, atau lebih daripada 26% tenaga kerja. Sesungguhnya, anda boleh memperoleh lebih banyak kerja sampingan sementara bangkit daripada kehilangan kerja.

#3. Kurangkan Perbelanjaan Anda

Mari kita berbicara tentang perbelanjaan yang tidak perlu. Kewangan yang merosot disebabkan pandemik adalah salah satu faktor yang menyebabkan ramai golongan milenial tertekan. 44% daripada milenial di Malaysia menyatakan mereka berasa tertekan hampir sepanjang masa

Apabila anda tertekan, anda akan lebih terdorong untuk berbelanja mewah. Antara cara yang mudah adalah makan makanan yang mahal atau memanjakan diri di spa. Namun begitu, jika anda menghabiskan wang yang banyak terhadap Grab Food atau Starbucks setiap bulan, ia dipanggil perbelanjaan tidak penting. Cari beberapa alternatif yang tidak membebankan dompet anda. Mengurangkan perbelanjaan adalah penting jika anda berisiko untuk hilang kerja.

#4. Kembangkan kemahiran anda

Kita boleh menjangkakan peningkatan kadar pengangguran jika kemelesetan ekonomi berlaku dalam tempoh 12 bulan akan datang. Walaupun kemelesetan seterusnya mungkin agak sederhana dan singkat, penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga jika hilang pekerjaan. Ingat, lebih baik bersedia untuk perkara yang lebih buruk.

Anda boleh melakukan pelbagai perkara untuk bersedia, dengan menyediakan dana kecemasan, melaksanakan gaya hidup kewangan yang sihat, atau mula melabur. Walau bagaimanapun, langkah terbaik untuk tidak hilang kerja adalah menjadi mahir dalam bidang anda. Ia akan membuatkan diri anda diperlukan oleh majikan dan sukar untuk dilepaskan.

Kesimpulan

Hilang pekerjaan adalah antara perkara yang sangat menyedihkan, samada anda diberhentikan, dikecilkan, terpaksa bersara awal atau kontrak yang sudah berakhir. Jika ia berlaku, ingat bahawa anda selamat dan mempunyai rancangan sendiri. Ambil masa untuk bersedih. Apabila anda bersedia, hadapinya dan kawal hidup anda. Kembali kepada kerja sampingan, ambil hobi baru, cari pekerjaan lain, dan jalani kehidupan ini.

Apa tip lain yang anda ada untuk memastikan kestabilan karier anda?

You May Also Like

Share with your friends!

About the Author:

Nurul Khairiah Yusof
Nurul Khairiah is a Marketing and Branding Executive. She creates and coordinates content, branding and marketing activities as well as the knowledge base. A former news reporter for more than 2 years, she is passionate in writing and producing content. Her main goal is to spread knowledge and educate the public on the importance of financial planning. Khairiah is currently based in Kuala Lumpur.

Leave A Comment

Go to Top