Selamat datang ke alam pekerjaan! Sebelum anda membelanjakan wang gaji anda, jangan lupa untuk mula menyimpan bagi masa depan anda. (Original article in English)
Hello, graduan muda! Tahniah kerana berjaya memperoleh pekerjaan pertama anda. Bagi memulakan perjalanan baharu yang menarik ini, salah satu kemahiran paling penting yang perlu anda kuasai ialah menguruskan kewangan anda.
Menyimpan wang mungkin kelihatan seperti tugas yang sukar, terutamanya apabila anda berhasrat untuk mengumpul dalam jumlah yang banyak. Namun, usah risau kerana ia boleh dilakukan dengan strategi yang betul dan pendekatan yang berdisiplin.
Gaji yang boleh diperolehi oleh kebanyakan graduan baharu adalah berbeza bergantung kepada kelayakan, industri dan faktor-faktor lain. Walaupun anda digalakkan untuk menetapkan sasaran sendiri, untuk artikel ini, kita akan membincangkan sasaran simpanan berjumlah RM1000 dalam masa 30 hari.
Berikut ialah panduan terperinci untuk membantu anda mencapai matlamat kewangan ini.
Contents
#1. Tetapkan Matlamat yang Jelas
Menetapkan matlamat yang jelas dan khusus adalah langkah pertama, seperti menyimpan sebanyak RM1000 sebulan. Ia seperti anda menetapkan destinasi sebelum memulakan perjalanan. Tulis matlamat ini, letakkan pada peti sejuk anda atau tetapkan peringatan pada telefon anda.
Mempunyai peringatan berterusan akan berfungsi sebagai kompas, memastikan anda fokus dan bersemangat. Ia adalah helah psikologi yang berkesan!
#2. Buat Belanjawan Diri
Membuat belanjawan adalah seperti merangka peta untuk perjalanan kewangan anda. Ia mampu membantu mengenal pasti wang yang anda masuk, dan apa yang anda keluarkan. Ia membantu anda memahami dari mana wang anda datang dan ke mana ia pergi.
- Mulakan dengan menyenaraikan semua sumber pendapatan anda, yang pada masa ini hanya gaji bulanan anda
- Senaraikan perbelanjaan anda, termasuk bil, barangan runcit, kos pengangkutan dan juga hiburan di luar waktu bekerja.
- Ambil pendapatan anda dan tolak perbelanjaan anda. Anda sepatutnya mempunyai baki untuk disimpan atau dilaburkan.
- Kembali semula kepada perbelanjaan anda dan teliti senarai. Apakah barangan yang boleh dikeluarkan? Ketahui dengan lebih lanjut dalam artikel ini
Apabila anda mengetahui bagaimana wang anda masuk dan keluar, ia mampu memberi gambaran yang jelas tentang keadaan kewangan anda dan menunjukkan bahagian mana yang boleh anda kurangkan.
Ingat, setiap ringgit adalah penting apabila anda cuba menyimpan jumlah yang besar dalam tempoh yang singkat.
#3. Kurangkan Belanja yang Tidak Penting
Sudah tiba masanya untuk anda meneliti belanjawan di tangan. Tahukah anda apa yang perlu dilakukan?
Perbezaan yang besar adalah mengenal pasti perbelanjaan penting berbanding dengan belanja yang tidak penting, yang lebih dikenali sebagai keperluan berbanding kehendak. Anda akan mahu mengenepikan wang untuk membayar keperluan penting yang perlu untuk terus hidup seperti tempat tinggal atau makanan. Namun, anda juga perlu memastikan
Pembuat perbezaan besar ialah mengenal pasti perbelanjaan penting berbanding perbelanjaan tidak penting anda, juga dikenali sebagai keperluan berbanding kehendak. Anda akan mahu mengutamakan mengetepikan wang untuk membayar keperluan penting yang diperlukan untuk anda terus hidup seperti sewa atau makanan. Sementara itu, anda mungkin ingin berfikir dengan teliti jika kehendak yang tidak penting adalah perkara yang anda patut belanjakan sekarang dengan pendapatan semasa anda, seperti langganan atau makan mewah.
Mengurangkan perbelanjaan boleh membebaskan sejumlah besar wang. Sebagai contoh, jika anda membelanjakan RM20 sehari untuk kopi, itu adalah RM600 sebulan anda boleh menjimatkan! Sebaliknya, mengapa tidak melabur dalam pembuat kopi yang baik dan menikmati kopi buatan sendiri?
#4. Memasak di Rumah
Makan di luar boleh memakan kos yang tinggi dan sebagai graduan muda, ia adalah satu kemewahan untuk masa-masa tertentu sahaja. Apabila memasak di rumah, anda mampu menjimatkan lebih banyak wang.
Rancang menu anda dan buat senarai beli-belah. Elakkan pembelian secara tiba-tiba dan cuba untuk masak dengan jumlah yang banyak untuk menjimatkan masa dan wang. Tambahan pula, memasak adalah kemahiran yang bermanfaat dan lebih sihat juga!
Katakan anda makan di luar semasa waktu makan tengah hari dengan purata kos makan berjumlah RM15, anda boleh menjimatkan sebanyak RM300!
Andaikan anda makan di luar semasa waktu makan tengah hari dengan purata kos makan RM15, anda berpotensi dapat menjimatkan RM300 di sini!
#5. Menjual Barangan yang Tidak Diingini
Lihat di sekitar rumah anda untuk mencari barangan yang tidak diperlukan atau digunakan lagi. Menjual barangan di dalam talian atau semasa jualan but kereta pada hujung minggu mampu menjadi cara yang pantas untuk mendapatkan wang tambahan.
Contohnya, anda boleh melihat Jualan But Kereta Kota Damansara dengan sewa minimum sejumlah RM 20 sehari dan pendapatan anda bergantung kepada jumlah barangan yang anda jual. Antara barangan yang boleh dijual adalah pakaian, barangan elektronik dan perabot.
Ia adalah situasi menang-menang – anda mengecilkan ruang anda dan memperoleh wang pada masa yang sama.
#6. Ambil Kerja Sampingan atau Kerja ‘Freelance’
Jika pendapatan semasa anda tidak mencukupi untuk menyimpan sebanyak RM1000 dalam sebulan, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk mengambil kerja sampingan atau kerja bebas.
Terdapat banyak platform dalam talian yang membolehkan anda mencari pekerjaan ‘freelance’ sesuai dengan kemahiran dan jadual anda. Antaranya adalah reka bentuk grafik, penulisan kandungan, tunjuk ajar, atau menjaga haiwan peliharaan secara sementara.
Ia bukan sahaja membantu anda memperoleh wang tambahan tetapi juga meluaskan kemahiran sedia ada.
#7. Jimat untuk Bil Utiliti
Berhati-hati dengan penggunaan utiliti anda. Matikan lampu apabila anda meninggalkan bilik, cabut plag elektronik apabila ia tidak digunakan dan cuba kurangkan penggunaan air.
Perubahan kecil ini boleh membawa kepada penjimatan ketara pada bil utiliti anda. Ia bukan sahaja mampu menjimatkan wang, tetapi juga lebih mesra alam.
#8. Guna Pengangkutan Awam atau Berkongsi Kenderaan
Jika boleh, gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta daripada memandu sendiri. Ia boleh menjimatkan kos minyak, tempat letak kereta dan penyelenggaraan kenderaan.
Jika anda tinggal berdekatan dengan tempat kerja, anda mungkin boleh berjalan kaki atau berbasikal. Selain menjimatkan wang, ia boleh menjadi satu bentuk senaman dan mengurangkan jejak karbon. Ia adalah perubahan kecil yang mampu memberikan perbezaan besar.
#9. Elak Membeli Secara Impulsif
Pembelian impulsif boleh memakan bajet anda dengan cepat. Sentiasa tanya diri jika anda benar-benar memerlukan sesuatu barangan sebelum membelinya. Jika ia bukan keperluan, tidak perlu membelinya.
Ia mungkin sukar, terutamanya apabila pilihan membeli-belah dalam talian tersedia dengan mudah. Cara yang baik adalah menunggu 1 atau 2 hari sebelum membuat sebarang pembelian. Selalunya, anda akan mendapati bahawa keinginan untuk membeli telah berlalu.
#10. Catat Perkembangan Terkini
Catat perkembangan simpanan anda. Ia akan membantu anda kekal bersemangat dan mengubah strategi berdasarkan keadaan semasa.
Raikan kemenangan kecil untuk mengekalkan momentum anda. Anda boleh menggunakan aplikasi penjimatan atau lembaran hamparan untuk menjejaki simpanan anda.
Melihat simpanan anda berkembang adalah sangat memuaskan dan akan mendorong untuk meneruskan perjalanan anda.
Kesimpulan
Menyimpan wang dengan pendapatan yang kecil memerlukan disiplin, kreativiti dan pengorbanan. Tetapi, anda akan merasa kepuasannya apabila berjaya mencapai sasaran diingini. Tambahan pula, anda akan mempunyai tabiat menyimpan wang yang baik. Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk menyahut cabaran ini? Semoga berjaya dalam perjalanan simpanan anda!
Apakah tip menyimpan wang yang boleh dikongsikan dengan graduan muda? Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.
You May Also Like
Leave A Comment