Adakah anda rasa rumah anda serabut? Kini sejak populariti dari Marie Kondo tercetus melalui Netflix, cara mengemas rumah secara minimalis semakin mendapat perhatian. Ketahui langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk mendapatkan rentak mengemas supaya rumah anda lebih teratur dan baik mata memandang.

1. Tetapkan Fokus Anda

Fokus apa yang perlu disimpan dan buang barang tak perlu. Projek mengemas memang perlu masuk dalam agenda. Lapangkan masa dan perlu komited. Jadi, kita tidak diganggu dengan program lain. Stress pun kurang sebab dah masuk dalam senarai utama. Tak adalah asyik tertangguh.

Dah pasang niat dan masuk dalam kalendar. Kemudian lepas solat, minta doa supaya semuanya dipermudahkan.

2. Susun Satu Persatu

Pilih kategori barang apa nak kemaskan dahulu. Buat satu persatu. Mula dengan pakaian. Kemudian perkakas dapur. Buku, majalah dan sebagainya. Kalau buat sekaligus boleh kita akan lebih kelam kabut dan lebih tidak terurus.

Kemudian, apa yang penting? Kerjasama! Kerjasama semua ahli keluarga. Selalunya suami isteri ni berbeza karektor. Seseorang yang suka menyimpan barang mungkin akan disampingi dengan seseorang yang kurang ambil kisah. Mungkin tin biskut, botol mineral, kotak printer tahun lalu pun masih disimpan. Solusinya terletak pada bagaimana pasangan ini berdiplomasi.

3. Pilih Sama Ada Hendak Simpan, Derma atau Buang

Contohnya, hari ni kami kemaskan pakaian. Bermula dengan almari anak-anak. Berikut adalah apa yang kami buat:

  • Cari satu tempat yang lapang. Sediakan tiga kotak ikut kategori. Simpan, derma atau jual dan untuk dibuang.

Keluarkan semua pakaian yang ada. Kumpul setempat. Pilih satu persatu baju. Then tanya diri sendiri:

      • Sayang baju ni lagi?
      • Selesa atau konfiden bila pakai?
      • Adakah selalu pakai?

Jika jawapan kepada soalan di atas adalah ya, maka simpan pakaian tersebut.

      • Saiz sudah tidak muat?
      • Kain dah tak elok untuk dipakai?
      • Ada lubang atau kerosakan?
      • Susah nak padankan dengan tudung atau seluar?
      • Sudah lama tidak dipakai?
      • Dah dipakai lebih 6 bulan? (Bergantung kepada kemampuan)

Jika jawapan kepada soalan di atas adalah ya, maka jual, derma atau buang pakaian tersebut.

Waktu ni kena kejam sikit. Buang rasa sayang dan sentimental value dan fikir dahulu sebelum mempertahankan baju yang penuh kenangan, ” Adakah anda betul-betul memerlukan pakaian tersebut?”

Perasaan tu memang ada. Tapi dah kalau 6 bulan tak pakai, memang kita tak perlukan pun. Lebih baik sedekahkan bagi orang pakai. Ada juga manfaat yang mengalir. Pernah dengar ustaz kata, tak baik simpan barang yang kita tak guna.

Lagipun kalau kita simpan, makin lama baju tu makin lusuh dan ketinggalan zaman. Dalam masa yang sama kita tambah lagi pakaian baru. Jadi, tidak memadai untuk disimpan.

  • Kemaskan dan susun dengan teratur. Masukkan balik dalam almari. Susun dan gantung dengan kemas. Saya akan pastikan warna hanger sama mengikut kategori dan warna. Bukannya apa. Sedap mata memandang. Apabila nak pilih mudah, cepat dan teratur. Tak perlu berlama-lamaan depan almari tak tau nak pilih mana.
  • Baju yang tak nak tadi tu boleh derma atau jual preloved item. Boleh buka car boot sale, jual online kat Shopee, Mudah.my atau FB market. Yang tak sesuai di dermakan sebab rosak boleh buang. Tak baik bagi baju yang tidak elok.

Tahniah! Anda telah melepasi langkah “declutter” pakaian dalam rumah. Sekarang, ulang langkah tersebut dengan barangan lain.

4. Kekalkan Tabiat Kemaskan Rumah

Apabila dah nampak almari lapang, usah ulang balik tabiat lama. Kita cenderung untuk beli baju baru and tambah lagi stok. Buat undang-undang baru, setiap kali beli baju, derma satu yang lama. Ataupun ikut langkah yang betul untuk pastikan budaya mengemas sentiasa diterapkan di rumah. Banyak kebaikan hidup minimalis dengan decluttering ni. Bukan setakat ruang nampak lapang cantik dan kemas. Tapi dari segi psikologi juga.

Bayangkan memori telefon yang selalu penuh. Kita pun rasa tak selesa. Apabila kita dah kosongkan semua benda yang tak perlu, barulah lapang perasaan. Bukan setakat telefon, otak kita pun tiba-tiba rasa hilang beban! Ambil masa sekali sahaja kemudian nikmati perasaan luar biasa berkali-kali. Betul, banyak kelebihan bila semua benda tersusun rapi dan kelihatan kemas.

Kesan Rumah yang Lebih Kemas

1. Mood dan emosi lebih tenang serta kurangkan tenaga negatif. Kurangkan rasa rimas dan tidak tenteram. Kurang beban mental dan bebas dari gangguan visual yang menyebabkan tekanan. Mata kita ni kalau tengok keadaan bersepah, banyak sangat barang dan tak tersusun memang stress. Walaupun kita boleh buat tak nampak tapi tetap rasa rimas. Nak buat kerja lain pun tak senang. Seperti ada kerja tak sudah.

2. Ruang akan jadi lebih lapang. Keadaan yang tersusun dan tak ada lagi barang yang tak perlu. Bila kemas, ruang jadi lebih besar. Fikiran kita pun rasa lapang juga. Lebih fokus. Banyak benda boleh fikir, banyak kerja atau tugas boleh buat. Produktiviti meningkat, keuntungan berganda.

3. Dapat memikirkan perkara yang lebih penting dan relevan untuk kita. Ibarat kenapa perlu buang masa tengok filem yang kita tak nak lihat atau baca buku yang kita tak minat. Simpan yang perlu, buang atau derma apa yang tak dipakai. Tinggalkan apa yang penting dan perlu saja di sekeliling kita. Dengan itu, kita akan kenal dan tau apa taste atau citarasa kita sebenarnya.

4. Jimat masa mengemas. Jimat masa dan lebih efektif dalam kerja. Barang sudah tersusun dan makin berkurangan. Maka, makin kurang jumlah masa yang kita meluangkan masa mengemas. Setiap hari hanya perlukan rutin maybe tak sampai 10 minit saja untuk kekalkan begitu.

5. Memberi rasa konfiden dan tinggi harga diri. Membuatkan kita sentiasa bermotivasi apabila berjaya sempurnakan misi decluttering. Siapkan segalanya dengan tidak berlengah.

6. Kurangkan tekanan dalam keluarga. Rumah bersepah, nak cari baju anak-anak ambil masa lama. Ini semua boleh meningkatkan tekanan.

7. Jumpa kembali barangan yang hilang. Pernah tak apabila mengemas, tiba-tiba terjumpa barang yang kita sendiri dah lupa kewujudannya. Perasaan ini amatlah berharga dan hanya dapat dijumpai apabila mengemas.

 

Ya, ia sangat merimaskan apabila tengok rumah bersepah tapi tiada kemampuan nak kemas. Jadi, mula sekarang dan jangan berlengah lagi.

 

 

You May Also Like

 

 

Adakah anda setuju dengan langkah mengemas rumah di atas? Bincang dan komen di bawah untuk berkongsi pendapat anda.